Royston Agih 500 Bubur Lambuk Di Kampung Kuala Lama, Mukah

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


MUKAH: Program Jerayawara Bubur Lambuk Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Tellian diteruskan di kawasan Kuala Lama di sini.

Dalam program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine hadir sama mengagihkan 500 bubur lambuk dalam program Ta’awun Ramadhan yang diadakan serentak 14 negeri.

Difahamkan, Kampung Kuala Lama ini merupakan lokasi yang kelapan Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Cawangan Tellian yang dianjurkan bersama SABERKAS Cawangan Tellian Unit PEKALA, Jawatankuasa Masjid Darul Huda Kampung Kuala Lama, Yayasan MYPRIHATIN & Prudential BSN Takaful Berhad. 

Program Bubur Lambuk menjadi salah satu program yang dilaksanakan di Kampung Kuala Lama dan ia dapat merapatkan silaturahim, memupuk kerjasama dalam kalangan penduduk dalam sesebuah komuniti selain berkongsi rezeki pada bulan Ramadan. -EDISI UKAS