JPB Bahagian Mukah Serah Kembali Peralatan PKRC

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


MUKAH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah telah mengadakan majlis penyerahan peralatan bencana yang pernah digunakan semasa operasi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Antara penerima peralatan-peralatan tersebut adalah pihak Hospital Mukah, Community Development and Intervention Centre (CDIC), Surau Darul Abrar (Kampung Sesok Baru, Mukah), Surau Al-Muhajirin (Kampung Tabo, Mukah), Gereja St. Peter dan Paul serta sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Dalat dan Mukah.

Peralatan-peralatan yang telah diserahkan seperti penghawa dingin mudah alih, katil, tilam, bantal, kipas, pemanas air, serta peralatan perubatan dan kesihatan. 

Majlis tersebut telah dihadiri oleh oleh Residen Bahagian Mukah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah Kueh Lei Poh serta penerima-penerima sumbangan. -EDISI UKAS