Pegang Amanah Yang Dipertanggungjawabkan Dengan Jujur & Berintegriti

Disiarkan pada 29 Jun 2024
Sumber Berita: UKAS




LUBOK ANTU: Semua pihak yang telah diberi mandat harus memegang amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan jujur dan berintegriti.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, lndustri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh mengingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir dan propaganda luar yang memburukkan pemimpin mahupun keadaan di kawasan masing-masing.

“Lubok Antu adalah hak milik kita semua maka kita haruslah mempertahankan tempat ini dan tidak membenarkan orang luar senang-senang bermaharajalela dan menyebarkan propaganda mereka di tempat kita,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian Pesta Batang Ai 2024 yang berlangsung di sini pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai berkata, kerajaan Sarawak mempunyai perancangan dan agendanya yang tersendiri untuk membangunkan kawasan Lubok Antu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lubok Antu Richard Ngumbang, Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh, Pegawai Tadbir Khas kepada Datuk Dr Malcolm, Jack Meredan, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Roseline Neging serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS