3,683 Warga Sekolah Di Jemoreng Terima Duit Raya

Disiarkan pada 05 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



MATU: Seramai 3,683 warga sekolah di konstituensi Jemoreng telah menerima sumbangan bersempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.

 

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 891 warga sekolah pada Khamis.

 

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng itu telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 2,792 orang pada Rabu.

 

Sumbangan tersebut diserahkan pada Program Ziarah Kasih Aidilfitri bersama Datuk Dr Juanda Jaya termasuk pelajar, guru dan kakitangan sekolah-sekolah di daerah kecil Igan dan daerah Matu.

 

Dalam pada itu, para penerima merakamkan penghargaan kepada Datuk Dr Juanda Jaya dan Kerajaan Sarawak atas keprihatinan terhadap keperluan rakyat.

 

Turut hadir ialah wakil Pemangku Pegawai Daerah Matu Norkasmawati Kassim. -EDISI UKAS