BIKF Akan Diadakan Pada 25 Sehingga 29 September 2024

Disiarkan pada 26 Jun 2024
Sumber Berita: ukas

BINTULU: Pesta Layang-layang Antarabangsa Borneo Bintulu Sarawak (BIKF) akan diadakan pada 25 sehingga 29 September 2024.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Muhamad Yakup Kari berkata, BIKF akan diadakan di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu @Lasar Kenyalang.

Pesta tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di mana ia melibatkan seramai 170 orang dari sembilan negeri (Malaysia) dan 27 negara akan menyertai BIKF 2024 kali ini.

Dalam pada itu, Pesta Tumbina turut diadakan pada 23 hingga 25 Ogos akan datang.

Antara acara menarik ssmpena BIKF 2024 adalah persembahan layang-layang besar, persembahan sport kite, wind garden display, Inflatable Giant- Mr King Kong, Glamping, BIKF Parade, Kite Workshop dan banyak lagi.

Justeru itu, Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) selaku Rakan Strategik BDA akan menjadi 'Partnership' dalam menganjurkan kedua-dua acara tersebut disamping menyumbangkan RM200,000 untuk BIKF 2024 dan RM50,000 untuk Pesta Tumbina.

Mock Cheque telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar Korporat BPA Anuar Aikne kepada Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari serta disaksikan oleh pegawai-pegawai Kanan BDA bertempt di Wisma Bintulu, baru-baru ini.

Datu Muhamad Yakup berharap agar aura dan imej antarabangsa boleh dimasukkan bagi menarik lebih ramai pengunjung atau pelancong untuk datang ke Festival BIKF 2024.

Selain itu, sokongan dan kerjasama dari semua pihak agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menjayakan sebarang aktiviti di Bintulu adalah amat digalakkan. -EDISI UKAS