Mesyurat Penyelarasan Cadangan Pembinaan Blok Baru Psikiatri & Blok Klinik Pakar Hospital Sri Aman 2

Disiarkan pada 26 Jun 2024
Sumber Berita: UKAS








SRI AMAN: Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Bina Baru Blok Psikiatri dan Blok Klinik Pakar di Hospital Sri Aman 2 yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh telah diadakan pada Selasa di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA).

Mesyuarat tersebut adalah untuk memperincikan kertas cadangan bagi membina Baru Blok Psikiatri dan Blok Klinik Pakar di Hospital Sri Aman 2 untuk dibentangkan bagi mendapat kelulusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA yang akan datang.

Perbincangan tersebut merangkumi keperluan untuk bina baru ward psikiatri, klinik pakar serta naiktaraf bilik pembedahan di Hospital Sri Aman 2.

Cadangan ini bagi membolehkan khidmat pakar Psikiatri boleh diteruskan bagi penduduk Sri Aman serta menampung peningkatan pesakit yang menerima rawatan kepakaran di Klinik Pakar.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai Tadbir Khas SADA Datu Indit Bangai, Timbalan Pengarah Hospital Sri Aman Dr. Sim Poh Ling, wakil Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr. Micheal Chan serta badan terlibat yang lain. -EDISI UKAS