PPK Tangani Isu Kewarganegaraan

Disiarkan pada 04 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

BINTANGOR: Pasukan Petugas Khas (PPK) sentiasa bersedia membantu menangani isu kewarganegaraan dan dokumen pengenalan diri.

 

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing menyeru penduduk di sekitar kawasan Meradong yang menghadapi masalah dokumen pengenalan diri untuk datang ke Dewan Pejabat Daerah Meradong bagi menyelesaikannya.

 

“Setakat ini, seramai 112 orang pemohon telah didaftarkan di daerah Meradong.

 

“Pendaftaran ini lebih mudah memandangkan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dapat menjalankan pengesahan sama ada individu berkenaan adalah rakyat Sarawak atau sebaliknya,” jelasnya.

 

Datuk Ding berkata, ia adalah amat penting untuk memastikan warganegara Malaysia didaftarkan supaya tidak tercicir ketika menerima manfaat seorang rakyat yang sah.

 

Menurutnya, PPK juga akan membuka kaunter di Dewan Pejabat Daerah Meradong bagi sebarang pertanyaan mengenai isu kewarganegaraan. -EDISI UKAS