SABERKAS Cawangan Telang Usan Anjur Jerayawara Bubur Lambuk

Disiarkan pada 04 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


TELANG USAN: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Telang Usan telah menganjurkan Program Jerayawara Bubur Lambuk pada Rabu.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan yang juga Pengerusi SABERKAS Cawangan Telang Usan, Dato Dennis Ngau bertempat di perkarangan Kedai Long Lama.

Agihan bubur lambuk anjuran SABERKAS ini dibuat hampir setiap tahun sebelum berakhirnya bulan Ramadan.

Dalam program tersebut, Dato Dennis turut mengedarkan bubur lambuk bukan sahaja kepada peserta yang hadir tetapi juga kepada para pengguna jalan raya.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak Dominic Nyurang dan beberapa Ahli Majlis Daerah Marudi serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan. – EDISI UKAS