Sumbangan Kek Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Disiarkan pada 04 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SIMANGGANG: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang telah menganjurkan program penyampaian kek raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis.

Dalam majlis yang diadakan pada Rabu itu, Datuk Francis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang memberitahu ianya sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh setiap pertubuhan dari kaum Melayu.

Katanya, tujuan sumbangan antara lain sebagai usaha mengeratkan silaturahim di antara masyarakat di bawah bidang kuasa masing-masing serta masjid dan surau ketika menjelangnya hari lebaran.

Untuk rekod, sebanyak lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), dua buah masjid, dua buah surau dan tiga orang mantan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menerima kek raya daripada wakil rakyat mereka. -EDISI UKAS