SERIAN: Sesi raptai penuh majlis perasmian Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 Peringkat Bahagian Serian yang akan berlangsung esok berjalan dengan lancar pada Sabtu.
Raptai yang bermula jam 2 petang di Serian Conference Centre itu telah diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaam Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee.
Turut hadir, Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dolhadi Marzuki, Timbalan Residen Bahagian Serian, Abdul Khalid Manap dan Setiausaha Majlis Daerah Serian, Tay Guan Huat.
Dianggarkan seramai 900 orang peserta yang telah mendaftar akan menyertai Larian Baton dan Kayuhan Santai Berbasikal Senamrobik dan Sukan X-Tive yang melibatkan kakitangan kerajaan dan swasta, pelajar sekolah menengah, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.
Perasmian program akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.
Pada masa sama, orang ramai di Bahagian Serian dijemput untuk sama-sama memeriahkan program yang akan berlangsung esok di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (PPKS) Bahagian Serian bagi acara pelepasan larian baton dan kayuhan, manakala di Serian Conference Centre penamat larian baton. -EDISI UKAS