MERADONG: Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Chiang menerima geran khas berjumlah RM3,000 bagi menyokong pembangunan infrastruktur sekolah serta menjalankan aktiviti tahunan.
Geran tersebut telah disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing semasa perasmian Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Guru dan Dragon Boat Festival pada Jumaat.
Sebelum ini sekolah tersebut berdepan isu kekurangan murid, namun atas usaha yang dimainkan semua pihak berjaya meningkatkan jumlah murid di sekolah tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para pelajar untuk menghargai pengorbanan guru-guru terutamanya dalam sumbangan mereka terhadap bidang akademik dan kokurikulum. –EDISI UKAS