30 Golongan OKU PPDK Sri Ruai Sebuyau Terima Sumbangan

Disiarkan pada 03 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
SEBUYAU: Seramai 30 penerima terdiri dari pelatih di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komnuti (PPDK) Sri Ruai Sebuyau menerima sumbangan menerusi Program Semarah Kasih Ramadan.

Simbolik penyerahan sumbangan kepada penerima telah disempurnakan wakil Pegawai Daerah Sebuyau, Tahir Putih di sini pada Rabu.

Program Semarak Kasih Ramadan ini merupakan program untuk menyantuni golongan istimewa khususnya golongan Orang Kurang Upaya sempena bulan Ramadan dan memberikan keceriaan bagi menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pihak penganjur berharap dengan sumbangan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua penerima selain itu,  program seperti ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk melakukan aktiviti bersama masyarakat sekeliling. 

Turut hadir Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Sebuyau, Hasli Yahya dan Ketua Masyarakat Kampung Hilir Tebelu, Setil Sauli.-EDISI UKAS