KUCHING: Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Perarakan Gawai Dayak 2024 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
Perarakan yang menerapkan konsep Segulai Sejalai itu akan bermula daripada Bangunan Tun Jugah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan berakhir di pentas utama di Tebingan Kuching dengan jarak sejauh 1.3 kilometer (km) bermula jam 2 petang.
Tetamu kehormat yang dijangka menyertai Perarakan Gawai Dayak 2024 ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.
Turut serta, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Gawai Dayak 2024 dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sambutan Gawai Dayak 2024,” katanya.
Sebelum perarakan bermula, upacara Pisien daripada komuniti Bidayuh akan diadakan di Bangunan Tun Jugah sebelum ketibaan tetamu kehormat.
Untuk rekod, seramai 3,300 peserta melibatkan 110 kontinjen akan menyertai Perarakan Gawai Dayak 2024. EDISI UKAS