ADUN Sebuyau Sumbang 300 Pek Bubur Pedas Di Kampung Tungkah Melayu

Disiarkan pada 03 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
SEBUYAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi telah mengagihkan sebanyak 300 bekas bubur pedas sempena program Ziarah Ramadan di Kampung Tungkah Melayu, di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 25 penerima yang terdiri dari golongan asnaf.

Beliau berharap dengan sumbangan itu dapat meringankan beban mereka dalam melakukan persiapan menyambut Aidilfitri. 

Turut hadir Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang, Pemanca Asli, Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua- Ketua Kaum.-EDISI UKAS