Persatuan Pelukis Sarawak Pupuk Bakat Seni Tempatan

Posted on 17 Oct 2025
Source of News: UKAS


KUCHING: Pencapaian 40 Tahun Persatuan Pelukis Sarawak menjadi satu pencapaian besar persatuan berkenaan dalam usaha memupuk bakat seni tempatan wilayah ini.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman berkata, usaha persatuan itu secara langsung memperkukuhkan apresiasi budaya di Sarawak untuk diketengahkan dalam bentuk seni.

“Seni bukan sekadar cerminan masa lalu, tetapi satu kekuatan yang menghidupkan semula tradisi agar terus relevan dalam dunia moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pameran Seni Tahunan Ke-40 Persatuan Pelukis Sarawak, di sini, pada Jumaat.

Difahamkan, pameran tersebut telah berjaya menghimpunkan 44 pelukis tempatan, pribumi dan antarabangsa di bawah tema ‘Heritage Reloaded’.

Dalam pada itu, Dato Helmy menyifatkan pengiktirafan Kuching sebagai World Craft Council City of Crafts pada tahun 2019 membuktikan komitmen bandar raya ini terhadap pemeliharaan warisan dan inovasi kreatif.

Sehubungan itu, beliau menegaskan komitmen DBKU untuk terus menyokong penganjuran program seni dan budaya, termasuk Borneo International Islamic Arts and Digital Technology Expo 2026, dalam usaha memperkukuh industri kreatif tempatan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah DBKU Ruzaimeir Malek. -EDISI UKAS