Futsal SCSDU wanita meraih tempat kedua dalam Karnival One Team SCS

Disiarkan pada 04 Oct 2025
Sumber Berita: Edisi UKAS

4/10/2025 - Pasukan futsal SCSDU telah berjaya meraih tempat kedua bagi kategori wanita dalam Karnival One Team SCS anjuran Jabatan Premier Sarawak.

Kejayaan ini mencerminkan semangat kesukanan dan kerjasama erat dalam kalangan warga SCSDU, seiring dengan semangat One Team SCS yang diterapkan dalam perkhidmatan awam Sarawak.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik, yang mewakili Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, sekaligus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Berita UKAS

Banyak lagi Photo Album SCSDU