50 Wanita Dan Anak-Anak Di Wad Postnatal HUS Terima Sumbangan 

Disiarkan pada 03 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

KUCHING: Seramai 50 orang wanita dan anak-anak di Wad Postnatal, Hospital Umum Sarawak telah menerima sumbangan kuih-muih dan duit raya.

Penyerahan sumbangan dari Persatuan Masakan dan Kuih-Muih Sarawak itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah disini pada Rabu.

Di samping itu, program itu juga merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) persatuan berkenaan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat bagi menceriakan dan juga meningkatkan kesejahteraan mereka pada bulan Ramadan Mubarak ini.

Melalui penglibatan program CSR turut membuktikan Persatuan Masakan dan Kuih-Muih Sarawak yang disertai olen wanita mampu melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang bermantaat serta bertanggungjawab atas lingkungan orang-orang yang ada di sekitarnya.

Sehubungan itu, Dato Sri Fatimah juga berharap agar program sedemikian diadakan lagi yang sama pada masa hadapan bagi mengekalkan hubungan baik dan sifat tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling.

Untuk makluman, Persatuan Masakan dan Kuih-Muin Sarawak yang ditubuhkan pada 3 Oktober 2003 telah berdiri kukuh selama 21 tahun dengan penglibatan dalam pelbagai program dan aktiviti di Sarawak.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Masakan dan Kuih Muih Sarawak Zaiton Istiar Khan beserta rombongan persatuan berkenaan. -EDISI UKAS