Pasukan ‘Todak Berjaya’ Rangkul Raja Sungai Sejijak

Disiarkan pada 09 Jun 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING:  Pasukan ‘Todak Berjaya’ dinobatkan johan bagi acara Bidar 30 Pengkayuh Raja Sungai Tertutup Akhir Regatta Sejijak selepas menewaskan cabaran pesaing lain pada Ahad.

Kemenangan itu sekali gus memboleh pasukan itu membawa pulang hadiah piala utama serta wang tunai yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya Dato Sri Fadillah Yusof.

Tempat kedua pula disandang oleh pasukan ‘Enraz Cahaya Zain’ yang berjaya membawa pulang hadiah piala serta wang tunai, diikuti tempat ketiga dimenangi oleh pasukan ‘Sinaran’ yang membawa pulang piala serta hadiah wang tunai.

Bagi Acara Raja Sungai Terbuka Antarabangsa pula, pasukan ‘Udak’ berjaya merangkul johan yang membawa pulang piala utama beserta wang tunai.

Manakala, tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan ‘Sinaran Keris Terbang’ diikuti tempat ketiga oleh pasukan ‘Pantai Damai Karya Muda’ dengan masing-masing berjaya membawa pulang hadiah piala dan wang tunai.

Terdahulu, Dato Sri Fadillah telah merasmikan Majlis Penutupan Regatta Sejijak dan seterusnya melakukan ‘flag-off’ untuk kedua-dua acara Raja Sungai.

Kemeriahan turut dirasai dengan kehadiran penduduk sekitar Kuching yang hadir memeriahkan lagi acara termasuk pasukan-pasukan luar Sejijak yang turut berentap dalam regatta tersebut. -EDISI UKAS