BGK 2025: Pasukan Badminton Sarawak Berjaya Tuai Lima Emas

Disiarkan pada 28 Sep 2025
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Pasukan Badminton Sarawak berjaya 'menuai' lima emas keseluruhan bagi temasya Borneo Games Kuching (BGK) 2025 dengan pungutan pingat keseluruhan sebanyak 11 pingat.

Hari terakhir acara sukan badminton menyaksikan Sarawak mendominasi acara badminton dengan memenangi empat pingat emas daripada lima acara yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada Ahad.

Pingat emas pertama disumbangkan oleh beregu lelaki Sing Hong Ho dan Jeremy Zhen Liang Juan biarpun berdepan tentangan sengit daripada atlet Wilayah Persekutuan Labuan Aguwell Andrew dan Carlester Cleve James yang berjaya mendapat 'straight set' 21-19, 21-16.

Pingat kedua pula disumbangkan oleh Felicia Xin Hui Fong dan Flora Xin Jie Fong dalam beregu wanita apabila berjaya mengalahkan rakan sepasukan Genevie Tsin Yeen Lim dan Wafa Shahmina Rahman dengan 'straight set' 21-19, 21-7.

Tuaian ketiga juga melalui sketsa sama untuk perseorangan lelaki apabila Shun Huat Goh berjaya mengalahlan rakan sepasukan Shawn Hiu namun kedua-dua memberi tentangan sengit sehingga 'rubber set' dengan mata 21-23, 21-17, 21-19

Kemenangan pingat emas kelima datangnya daripada acara beregu campuran yang diraih oleh Jeremy Zhen dan Genevie Tsin yang berjaya mengalahkan beregu campuran Kalimantan Timur Ramanda Z Ramadhani dan Karina Ria Hardianti dalam 'straight set' 21-16, 21-12.

Secara keseluruhan, Sarawak berjaya memperoleh lima pingat emas, empat perak dan dua gangsa.

Hadir menyaksikan perlawanan, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Ketua Kontinjen Sarawak Datuk Dr Ripin Lamat. -EDISI UKAS