231 Individu Terima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

Disiarkan pada 25 Sep 2025
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Seramai 231 individu lagi menerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini pada Khamis.

Istiadat yang bermula sekitar jam 11 pagi itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan besar para penerjma dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran awam, pendidikan, keselamatan, Industri serta khidmat masyarakat.

Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) dimulakan dengan penyampaian kepada Hasbilah Mohamad Salleh, Austin James Nieet diikuti 21 penerima yang lain.

Manakala, Tahir Mohd Sharee, Yalin Asan, Abang Iskandar Bolhassan Abang Mihamad Ariif serta 28 penerima lain dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B).

Mejar Kaha Othman, Abdul Rahman Ahmad, Awang Hairil bersama 31 penerima lain dianugerahkan Pingat Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S).

Turut diaraikan kepada 62 Individu bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) individu termasuk Abang Abdul Rahman Salihin, Baharin@ Arin Saili dan Billy Bibi Ragan.

Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) pula dianugerahkan kepada 61 penerima termasuk Abang Dzulhanif Abang Sukarno, Abdur Majid Mohamad Yoosof, Abdul Rahman Lsman, Abdul Wahab Venchu Mohamed Yoosoof, Abu Bakar Wahi serta individu lain.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus serta Ketua-Ketua Jabatan.-EDISI UKAS

#UKASnews
#SaluranInformasiRakyat
#SarawakMajuMakmur