Sungai Kampung Sejijak Berkocak Lagi

Disiarkan pada 07 Jun 2024
Sumber Berita: UKAS







KUCHING: Sungai Kampung Sejijak berkocak lagi dengan kembalinya Regatta Sejijak Edisi Ke-14 bermula dari 7 hingga 9 Jun ini.

Saingan hari pertama sebelah pagi menyaksikan pertandingan bagi kategori 7, 10, 15, 20, 25, dan 30 orang pekayuh.

Perlumbaan kali ini akan menyaksikan dua kategori utama iaitu Tertutup Sarawak dan Terbuka Antarabangsa di mana kategori Tertutup Sarawak akan menampilkan enam pecahan kategori iaitu 7, 10, 15, 20, 25 dan 30 orang pekayuh.

Sementara itu, kategori Terbuka Antarabangsa akan menyaksikan lima kategori iaitu 10, 15, 20, 25, dan 30 orang pekayuh.

Perlumbaan ini tidak hanya menarik penyertaan dari dalam negeri, tetapi juga dari negara jiran iaitu dari Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia.

Dengan semangat persaingan yang tinggi dan hadiah yang lumayan, Regatta Sejijak 2024 pasti akan menjadi acara yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat sukan air dan budaya Sarawak. -EDISI UKAS