Borneo Games Kuching 2025: Kontinjen Brunei Darussalam Tiba Di Kuching

Disiarkan pada 22 Sep 2025
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Kontinjen Brunei Darussalam selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Jam 11:40 pagi Isnin bagi menyertai acara sukan serantau, Borneo Games Kuching 2025.

Ketibaan kontinjen itu disambut meriah oleh wakil Jawatankuasa Penganjur Borneo Games Kuching 2025 bersama pegawai-pegawai daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Kontinjen Brunei yang terdiri daripada atlet, jurulatih dan pegawai pasukan dijadualkan mengambil bahagian dalam beberapa acara utama sukan tersebut yang menghimpunkan atlet dari Sarawak, Sabah, Labuan, Kalimantan dan Brunei Darussalam.

Penganjuran Borneo Games Kuching 2025 di Kuching kali ini dijangka mampu memperkukuh hubungan serantau selain menjadi pentas untuk mencungkil bakat baharu dalam pelbagai disiplin sukan.

Acara sukan berprestij itu bakal berlangsung sepanjang minggu ini di beberapa lokasi pertandingan utama sekitar Kuching.-EDISI UKAS