Dewan Serbaguna & Gelanggang Sukan Di DUN Simanggang Terima Sumbangan Kerusi & Meja

Disiarkan pada 03 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


Permudahkan Urusan Penganjuran Aktiviti Di Masa Hadapan

SIMANGGANG: Sebanyak dua buah dewan serbaguna dan dua buah gelanggang sukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menerima sumbangan kerusi dan meja plastik.

Penyerahan sumbangan pada Selasa itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.

Sebanyak 100 buah kerusi dan dua meja plastik masing-masing telah disampaikan kepada dewan serbaguna Taman Harmoni dan Kampung Muhibbah manakala gelanggang bola keranjang Rumah Pemulihan Riqab (RPR) Fasa 2 menerima 50 buah kerusi.

Bagi gelanggang futsal RPR Taman Sentosa pula, Datuk Francis telah menyampaikan sebanyak 100 buah kerusi dan dua buah meja plastik kepada pengerusinya, Awang Kamaruddin Awang Majid.

Pada hari yang sama, Datuk Francis turut berkesempatan hadir ke Majlis Perayaan Hari Raya Aidilfitri Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol (RKKDAA) seterusnya menyampaikan duit raya dan bubur lambuk kepada 19 penghuni institusi berkenaan.

Hadir dalam program tersebut ialah Penghulu Empaga Bailey, Kapitan Ling Siew Hung, Tuai Rumah Rose Emma Stanley Gate, Tuai Rumah Lina Busang dan ahli wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang. -EDISI UKAS