SRI AMAN: Keyakinan dan karisma terserlah membawa Ivy Yong dinobatkan sebagai juara Pertandingan Miss Beautiful Chubby sempena Pesta Benak 2025 di pentas utama Sri Aman Kitchen pada Khamis.
Kemenangan itu melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta sijil penyertaan
Tempat kedua dimenangi Shirly Michellina Asi yang menerima hadiah wang tunai RM400, manakala Nurul Fifi Faziera Suhaili meraih tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM300.
Tiga lagi peserta iaitu Shafiqah Nur Ain Halihi, Siti Zubaidah Madihi dan Sylvia Niang turut diraikan dengan menerima saguhati berupa sijil penyertaan dan cenderahati.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh isteri Residen Bahagian Sri Aman, Dyg Azizah Mohd Salleh, yang turut hadir memeriahkan acara berkenaan.
Pertandingan Miss Beautiful Chubby bukan sahaja menjadi tarikan utama dalam program Sri Aman Kitchen, malah turut berperanan sebagai platform memperkasakan keyakinan diri serta keterampilan wanita bersaiz besar dalam suasana positif, ceria dan inklusif.
Program ini merupakan sebahagian daripada rangkaian aktiviti sampingan yang dianjurkan sepanjang Pesta Benak 2025, yang berlangsung dari 15 hingga 21 September 2025 di Bahagian Sri Aman.-EDISI UKAS