MIRI: Program Rakan UKAS Komuniti 2025: Kembara 169 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) akan berlangsung pada 21 September ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus, akan menyempurnakan acara permulaan Flag Off Kembara 169 pada jam 8 pagi di Waterfront Bekenu.
Program berkenaan akan diteruskan dengan konvoi Kembara 169 yang julung kalinya diadakan dan bakal diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) Datuk Abdullah Saidol.
Majlis penangguhan program akan berlangsung pada jam 10 pagi di Permy Mall Miri dan akan disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh jalinan kerjasama antara UKAS dengan masyarakat setempat selain memberi peluang kepada komuniti untuk lebih dekat mengenali peranan serta inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.-EDISI UKAS