BINTULU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang ke-87 di Wisma Bintulu, Jalan Tanjung Kidurong pada Rabu.
Mesyuarat itu turut disertai oleh Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan Asghar Khan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kewangan Negeri, Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar serta Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti.
Turut hadir ialah Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari, bersama barisan pengarah jabatan negeri dan pengurusan kanan BDA.
Sejurus tiba, Datuk Patinggi Abang Zohari disambut oleh kakitangan BDA sebelum bergambar kenangan bersama ahli-ahli lembaga dan menandatangani buku pelawat.
Difahamkan, sesi mesyuarat hanya dihadiri oleh ahli-ahli lembaga tanpa kehadiran luar.
Mesyuarat ini diadakan sehari selepas Datuk Patinggi Abang Zohari menghadiri Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2025 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.-EDISI UKAS