ADUN Tanjong Batu Hadiri Program Rakaman Muzikal Raya RTM

Disiarkan pada 03 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


ADUN Tanjong Batu Hadiri Program Rakaman Muzikal Raya RTM
 
BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming telah menghadiri Program Rakaman Muzikal Raya, di Pejabat Jabatan Penyiaran (RTM), di sini pada Isnin.

Berucap di program tersebut, beliau memuji pencapaian RTM Bintulu yang sehingga kini terus bergerak menjadi salah satu penyumbang kepada pembangunan industri media di negeri ini terutama di kawasannya.

Secara keseluruhan, beliau berharap agar perkhidmatan yang disediakan akan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat setempat. 

Turut hadir ialah Ketua Unit Rancangan RTM Bintulu Rajesh Buking, Ketua Kejuruteraan RTM Bintulu Michael Elton, Pengurus Cawangan Tong Seng Huat Bintulu Tan Son Lin dan Pengarah Urusan Permata Maritime Center Kapten Mohammad Yunos. -Edisi UKAS