KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg meneruskan Kunjungan Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediaman Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, di Jalan BDC, Kuching pada Ahad.
Turut hadir menyertai kunjungan ini ialah isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Ibrahim Baki.
Terdahulu pada sebelah pagi, Datuk Patinggi Abang Zohari turut menyempurnakan Majlis Perasmian Perhimpunan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Hikmah (PPH) di Hikmah Exchange Centre, Kuching.
Beliau kemudiannya dijadualkan berkunjung ke Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediaman Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Tun Jugah pada sebelah malam.-EDISI UKAS