30 Penduduk Dari Kampung Sebako 1 & Kampung Sebako 2 Terima Manfaat Program CSR MDL

Disiarkan pada 31 Aug 2025
Sumber Berita: UKAS


SEMATAN: Seramai 30 orang penduduk dari Kampung Sebako 1 dan Kampung Sebako 2 menerima manfaat berupa bakul makanan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Majlis Daerah Lundu (MDL).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, sumbangan bakul makanan ini adalah sebahagian daripada usaha MDL untuk meringankan beban hidup penduduk yang memerlukan.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar lebih ramai pihak yang tampil dengan program CSR yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Menyentuh mengenai pembangunan di kawasan Sebako, Billy memberitahu peruntukan sebanyak RM5 juta telah diluluskan untuk pembinaan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Sebako, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kemudahan pendidikan luar bandar.

“Di samping itu, RM300,000 turut diperuntukkan bagi pembinaan sebuah astaka baharu di sekolah tersebut,” ujarnya.

Hadir sama, Penghulu Wang Ering, Ketua Kaum Kampung Sebako 2 Normin Sujang dan Ketua Kaum Kampung Judin Adris Kabon. -EDISI UKAS