Aktiviti Mewarna dan Indoor Games Perkasa Semangat Komuniti di Mukah

Posted on 30 Aug 2025
Source of News: UKAS


MUKAH: Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Indoor Games 2025 menceriakan suasana di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Cahaya Kaseh Mukah dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat serta penglibatan rakan strategik.

Program anjuran bersama Skuad Antidadah Daerah Mukah, Ajakcut Barbershop, QM Legacy dan PPDK Cahaya Kaseh itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston valentine.

“Aktiviti berbentuk kerjasama antara NGO dan agensi bukan sahaja mengeratkan jaringan komuniti, malah menjadikan pelaksanaan program lebih menarik dan memberi kesan yang jauh lebih berimpak kepada masyarakat,” kata beliau.

Hadir sama memeriahkan majls ialah Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Cahaya Kaseh Mukah merangkap Pengerusi Skuad Antidadah Bahagian Mukah, Haris Abdullah serta Penyelia PPDK Cahaya Kaseh Mukah, Nur Ani Zaidi.-EDISI UKAS