LINGGA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor meneruskan Jelajah Gawai Lingga yang bermula pada 19 Mei.
Beliau telah menyempurnakan Majlis Mantar Gawai Dayak 2024 di Rumah Nyuin, Kampung Tawang Tengah, Tanjung Bijat di Lingga pada Khamis.
Ini merupakan kunjungan Mantar Gawai Dayak yang terakhir sebelum tibanya Hari Gawai Dayak pada 1 Jun ini.
Majlis turut disajikan dengan acara-acara yang menarik seperti upacara 'Ngirup Ai Pengayu', upacara 'Ngetas Ranyai', persembahan poco-poco dan persembahan karaoke oleh tetamu-tetamu yang hadir.
Dalam majlis sama, Dayang Noorazah juga berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan bertuah.
Turut hadir ialah wakil Pemangku Pegawai Daerah Lingga Isabill Lipa Mungo. -EDISI UKAS