MATU: Seramai 20 golongan asnaf dari Kampung Bawang, Kampung Sekaan Kecil dan Kampung Tian menerima sumbangan bakul makanan daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Matu pada Ahad.
Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya.
Bantuan yang merangkumi beras dan barangan keperluan dapur itu bertujuan meringankan beban penerima, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda berkata, program kebajikan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian golongan asnaf di kawasan Jemoreng.
Penerima bantuan menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Matu atas sumbangan yang disifatkan amat bernilai serta memberi kelegaan kepada mereka.
Turut hadir, Pegawai Daerah Matu, Hamidah Halpi serta Pemanca Mesaleh @ Che Jeni Shahdan.-EDISI UKAS