Rumah Pastor Siap Dinaik Taraf, Gereja BEM Uma Balui Liko Lebih Selesa

Disiarkan pada 25 Aug 2025
Sumber Berita: UKAS


BELAGA: Rumah Pastor Borneo Evangelical Mission (BEM) Uma Balui Liko di Skim Penempatan Semula (BRS) Sungai Asap, di sini, kini siap sepenuhnya, manakala bangunan gereja berkenaan turut menerima penambahbaikan untuk keselesaan masyarakat setempat.

Majlis perasmian rumah pastor dan menaik taraf gereja tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon pada Ahad.

Dalam ucapannya, Kennedy Chukpai merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan projek ini dan berharap usaha menaik taraf rumah ibadat tersebut dapat berjalan dengan lancar pada masa akan datang.

“Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak ini sangat penting dalam memastikan masyarakat di kawasan ini dapat beribadah dalam suasana yang lebih selesa, selamat serta kondusif,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi BEM Daerah Belaga Pastor Jimbai Achol, Pastor Ringga, Penatua Simut Lagang, Pengerusi Sidang BEM Uma Balui Liko, Penasihat kepada Maren Uma Balui Liko Mai Lagiw serta anggota gereja tempatan.-EDISI UKAS

Foto: FACEBOOK ADUN MURUM