Sambutan Perayaan Hari Gawai Dayak Main Peranan Penting Keharmonian Sarawak

Disiarkan pada 31 May 2024
Sumber Berita: UKAS



KUCHING: Sambutan perayaan Hari Gawai Dayak memainkan peranan yang penting dalam aspirasi Sarawak menjadi negeri yang harmoni.

 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian memberitahu, walaupun perayaan Gawai Dayak disambut oleh komuniti Dayak, orang Sarawak tidak mengira kaum akan meraikannya.

 

“Ini merupakan tradisi Sarawak yang terbaik dalam mengekalkan semangat perpaduan dalam masyarakat dan juga bahagian yang penting dalam pembangunan negeri.

 

“Memandangkan kita sedang menuju ke tahun 2030 di mana Sarawak berhasrat menjadi negeri yang makmur, inklusif dan mampan alam sekitar, Hari Gawai Dayak amat penting dalam objektif ini,” jelasnya.

 

Beliau berkata demikian pada perutusan Hari Gawai Dayak 2024 di Kuching pada Jumaat.

 

Dalam pada itu, Datuk Amar Dr Sim turut mengucapkan selamat menyambut Hari Gawai Dayak kepada masyarakat di Sarawak. -EDISI UKAS