Gideon Gegarkan Stadium Tertutup Sri Aman, Catat TKO Pusingan Pertama Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak

Disiarkan pada 23 Aug 2025
Sumber Berita: UKAS


SRI AMAN: Petinju muda Sarawak, Gideon Riquelme Jonathan menggegarkan Stadium Tertutup Sri Aman apabila mudah menumbangkan lawan, Mohd Amar Haziq Shahbudin dengan technical knockout (TKO) di pusingan pertama perlawanan semasa Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak Edisi Ke-4 malam tadi.

Gideon, berusia 22 tahun dari Knight Boxing Team Sarawak tidak memerlukan masa yang lama untuk menjatuhkan lawan buat kali pertama sebelum melepaskan serangan bertubi-tubi untuk memenangi emas bagi kategori middleweight (70kg).

Sentuhan taktikalnya menumpu kepada sasaran pada bahagian badan lawan terlebih dahulu agar lawan terganggu, sebelum mengejutkan dengan serangan ke bahagian kepala, sekaligus membolehkan pemenang pingat emas SUKMA 2024 itu mendapatkan kemenangan pantas.

Lawannya, Mohd Amar Haziq daripada Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen A terpaksa akur dengan kekalahan berkenaan setelah ditumbangkan buat kali ketiga berturut-turut.

Sementara bagi kategori lain kelas elit menyaksikan Muhamad Mukriz Kham Muzafar Khan dari TLDM A muncul juara bagi kategori minimum weight (48kg) Muhamad Amirul Nayan dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen B menduduk tempat kedua manakala Peter Ronald Rudin dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen A dan Nor Hasan Wahiden dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen C masing-masing memperoleh gangsa.

Dalam kategori flyweight (51kg), Aelfred Eter Tohiron dari TLDM B berjaya menggondol emas, Mohamad Faizul Ismail dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen B memperoleh perak dan Andrey Corrales dari Singapore Boxing Federation serta Mohammad Amirul Zakwan dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen A mendapat gangsa.

Keputusan lain kejohanan bagi kategori bantamweight (54 kg) menobatkan Welem Rafael Batuwael dari Kelab Boxing Clib Indonesia selaku pemenang pingat emas, Mohd Azan Alip dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen A mendapat perak dan Wan Nur Haziq Wan Ahmad Zaidi dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen C serta Muhammad Irfan Haikal dari Jab Sibu masing-masing mendapat perak.

Beralih ke kategori featherweight (57kg), Yaser Arafad dari Kelab Boxing Clib Indonesia menghadiahkan emas buat negaranya setelah menewaskan Abdul Malek Ahmad Shukri dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen B, manakala gangsa berjaya diperoleh oleh petinju dari TLDM A Johan Akil Akiki Johari dan petinju Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen C Ailender Mark Ailon.

Sementara itu, Afiq Aiman Shahrif dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen B mengungguli kategori lightweight (60kg), Sean Tan Hsien Zhong dari Rebel Boxing Club Sarawak mendapat perak manakala kedudukan tiga bersama disandang oleh Rianto dari Kelab Boxing Clib Indonesia dan Mohd Hafizzudin Zulkarnain dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen A.

Bagi kategori light welterweight (63.5kg) pula, Mohamad Saiful Shahrin Awang dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen A mendapat emas, Muhammad Fikry Rosdi dari TLDM A berjaya mendapat perak manakala Muhammad Rizon dari Kelab Boxing Clib Indonesia dan Emmanuel Abdullah dari JHBC Saratok masing-masing memperoleh gangsa.

Beralih ke kategori welterweight (67kg), Kally Justin Maul dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen A berjaya memperoleh emas selepas mengalahkan Marizan Marlin dari TLDM B sementara Kenady Karim dari TLDM A akur dengan keputusan gangsa.

Light middleweight (71kg) pula menyaksikan Mohd Syahami Sanusi dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen B memeroleh emas manakala Wong Chung Yao dari Singapore Boxing Federation dan Melvin Lee Wei Lap dari Knight Boxing Team Sarawak masing-masing memperoleh perak dan gangsa.

Amiru Irwan Azmi dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen A dan Mohd Faridzudin Omar dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen (C) masing-masing memperoleh emas dan perak bagi kategori light heavyweight (80kg)

Kategori terakhir kejohanan bagi kelas elit iaitu kategori heavyweight (92kg) diungguli petinju dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen A, Saiful Mohamad manakala Mohammad Hainan Mohammad Zubair dari Pusat Cemerlang Tinju 1 Divisyen mendapat perak.

Sementara itu bagi kategori sama, Davidson Joy Chukpai dari Knight Boxing Team Sarawak dan Hadi Hanbali Haridan TLDM A masing-masing mendapat gangsa.