ADUN Kabong Hulur Bantuan Kepada Pesakit Uzur

Disiarkan pada 03 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir telah menyerahkan bantuan kepada seorang pesakit uzur di Kampung Sessang pada Selasa.

Menurutnya, pesakit ini mengidap kencing manis dan hanya terlantar di katil sekaligus menyebabkan beliau sukar untuk bergerak.

Semasa ziarah ini, Mohd Chee Kadir, Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.40 Kabong Normah Ahmadi, Pegawai Khas ADUN Kabong Nur Elffi Amir dan beberapa Ahli Pergerakan Wanita PBB N.40 Kabong Ranting Kampung Sessang telah menyerahkan bantuan kerusi tandas dan tongkat bantu jalan kepada beliau untuk memudahkan urusan sehariannya.

Terdahulu, Program Sentuhan Ramadan telah diteruskan di Pusat Penjaja Simpang Nyabor dan Masjid Sementara Kampung Sessang.

Sebanyak 500 bungkus kari ayam telah diedarkan kepada penduduk di kedua-dua tempat. -EDISI UKAS