ROBAN: Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep telah merasmikan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Sekolah Kebangsaan (SK) Mudong, Roban, pada Sabtu.
Program anjuran Lembaga Sungai Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Sarawak itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan ketika berada di sungai.
Selain itu, ia juga menekankan kepentingan menjaga kebersihan sungai sebagai nadi kehidupan penduduk setempat.
Dato Henry berkata, meskipun pembangunan pesat berlaku, sungai masih menjadi tumpuan utama masyarakat di kawasan berkenaan untuk aktiviti pertanian, ekonomi dan sosial.
Oleh itu, beliau mengingatkan penduduk agar lebih berdisiplin dalam mengamalkan langkah keselamatan, selain memastikan sungai tidak tercemar.
Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk gotong-royong membersihkan sungai, ceramah, serta pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
Sebagai simbolik pemeliharaan sungai, Dato Henry turut melepaskan anak-anak ikan ke Sungai Mudong.
Majlis penangguhan program itu dihadiri lebih 200 orang dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Roban Steve Miller Nuas dan Team Controller Lembaga Sungai Sarawak, Lt. Kol. (B) Ding Tiew Wong.-EDISI UKAS