KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) di Wisma Bapa Malaysia, pada Jumaat.
Delegasi tersebut diketuai oleh Pengerusi SPANS, Datu Kameri Affandi yang memulakan tugas rasmi pada 1 Ogos 2025.
Kunjungan itu bertujuan memperkenalkan tiga ahli SPANS baharu yang dilantik tahun ini, iaitu Datu Ismail Mohamad Hanis, Datu Lau Hieng Ung dan Dr Ahi Sarok.
Selain memperkenalkan barisan kepimpinan baharu, pertemuan itu juga membincangkan perancangan bagi memperkukuh kerjasama, peranan dan fungsi SPANS pada masa akan datang.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi SPANS, Datu Antonio Kahti Galis, bersama ahli SPANS lain iaitu Datu Jack Aman Luat, Dato Abdul Rahman Sebli Logo@Senusi dan Setiausaha SPANS, Mohamad Lotfi Tuah.-EDISI UKAS