101 Tangki Air Diserahkan Kepada Penduduk Luar Daerah Gedong

Disiarkan pada 21 Aug 2025
Sumber Berita: UKAS


GEDONG : Sebanyak 101 unit tangki air telah diserahkan kepada penduduk luar bandar di konstituensi Daerah Gedong bagi membantu meningkatkan kemudahan asas bekalan air bersih.

Penyerahan dilakukan oleh Pegawai Daerah Gedong, Tamida Da’adi kepada ketua masyarakat masing-masing dan disaksikan oleh Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais pada Khamis.

Antara kampung yang terlibat seperti Kampung Keniong Lama (22 unit) Kampung Keniong Munggu Jernih (33 unit) Kampung Blau Baru(18 unit) Kampung Sengkalan (18 unit)dan Kampung Sungai Alit (10 unit).

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri Sarawak untuk memastikan akses bekalan air bersih luar bandar mencukupi serta memudahkan penduduk menyimpan air bagi kegunaan harian. -EDISI UKAS