Delisya X Juara Kejohanan Futsal Piala Pusingan Kasut Emas YB Dato’ Doris Sophia Brodie 2025

Disiarkan pada 18 Aug 2025
Sumber Berita: UKAS


SRI AMAN: DELISYA X berjaya menjuarai Kejohanan Futsal Tertutup Piala Pusingan Kasut Emas YB Dato’ Doris Sophia Brodie 2025 yang berlangsung di Gelanggang Futsal RPR Taman Sentosa Indah di sini pada Ahad.

Dalam aksi final kategori lelaki, DELISYA X menewaskan DELISYA FT, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,200, piala dan pingat.

DELISYA FT pula menerima RM1,700 berserta piala dan pingat.

Bagi kategori wanita, kejuaraan menjadi milik Pusat Khidmat P202, yang turut meraih hadiah wang tunai RM2,200, piala dan pingat selepas menewaskan LSDU di peringkat akhir. Pasukan LSDU selaku naib juara menerima RM1,700, piala dan pingat.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sri Aman Dato’ Sri Doris Sophia Anak Brodie yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. -EDISI UKAS