Segubang FC Juara Piala YB Miro Simuh 2025

Disiarkan pada 18 Aug 2025
Sumber Berita: UKAS


BAU: Segubang FC muncul juara Piala YB Miro Simuh 2025 selepas menewaskan One V United dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Bola Sepak Krokong pada Ahad.

Pertembungan sengit itu berakhir dengan keputusan seri 1-1 sehingga tamat masa permainan sebelum ditentukan melalui sepakan penalti.

Segubang FC akhirnya menewaskan One V United 5-4 untuk meraih kejuaraan.

Dengan kemenangan tersebut, Segubang FC membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, trofi dan piala.

One V United selaku naib juara menerima hadiah wang tunai RM1,500, trofi dan piala, manakala pasukan tempat ketiga bersama memperoleh RM750, trofi dan piala setiap satu.

Bagi anugerah individu, Siffa Rahim dari One V United diumumkan sebagai Top Scorer, manakala Marcell dari Segubang FC dipilih sebagai Man of the Match perlawanan akhir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh, hadir menyaksikan perlawanan akhir sehingga selesai bagi memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan. -EDISI UKAS