Juh Berambeh Sungkei Belia @ Miri 2.0 Meriah Di Dataran Kipas Miri

Disiarkan pada 02 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
MIRI: Juh Berambeh Sungkei Belia @ Miri 2.0 telah berlangsung dengan meriah di Dataran Kipas Miri pada Ahad.
Semasa berucap, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program berbuka puasa secara terbuka dan santai anjuran kementeriannya itu berjaya menarik penyertaan hampir 2000 orang, yang mana menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
Menurut beliau, dengan penyertaan yang begitu menggalakkan, ia secara tidak langsung membantu mencapai matlamat program tersebut untuk menyatupadu dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat khususnya anak muda.
Dalam kesempatan sama, Dato Sri Abdul Karim juga menyempurnakan simbolik pengagihan bubur lambuk diikuti penyampaian sumbangan bantuan sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri kepada 100 orang asnaf termasuk mangsa kebakaran di Kampung Wireless.
Turut memeriahkan program itu ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Usahawan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Datuk Dr. Ripin Lamat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri merangkap ADUN Pujut Adam Yii Siew Sang, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Sarawak Morshidi Fredrick serta Pengerusi Persatuan Persatuan Belia Miri Matassan Rohani.-Edisi UKAS
#UKASnews
#SaluranInformasiRakyat
#SarawakMajuMakmur