Datuk Jefferson Rasmikan Program Keselamatan Sungai Sempena Hari Gawai Dayak

Disiarkan pada 28 May 2024
Sumber Berita: UKAS


KAPIT: Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Cawangan Kapit telah menganjurkan Program Keselamatan Sungai Sempena Perayaan Hari Gawai Dayak yang akan diraikan tidak lama lagi.

Difahamkan, program ini bagi meningkatkan lagi kesedaran kepada pengguna perahu panjang supaya lebih mengutamakan keselamatan semasa balik ke rumah panjang semasa musim Perayaan Hari Gawai Dayak kelak.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat Timbalan di Terminal Penumpang Bot Express Kapit pada Isnin.

Ketibaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram itu juga turut disambut oleh para pegawai Lembaga Sungai-sungai Sarawak cawangan Kapit.

Sejurus selepas ketibaan beliau, upacara miring telah diadakan sebelum diteruskan dengan simbolik pengagihan jaket seselamatan kepada pengguna perahu panjang serta orang ramai yang hadir. -EDISI UKAS