RM2 Juta Diluluskan Bagi Pembinaan Baharu PPDK Bestari Siburan

Disiarkan pada 13 Aug 2025
Sumber Berita: UKAS


SIBURAN: Sebuah bangunan baharu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bestari Siburan bakal dibina di Lot 802, seluas 1.46 ekar di Lorong Tengah C, Siburan Town District, dengan peruntukan RM2 juta yang di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Projek yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Serian dengan kerjasama pelbagai agensi ini bertujuan memastikan pelatih PPDK mendapat kemudahan yang selesa dan memenuhi keperluan mereka.

Susulan itu, beliau telah mengadakan satu lawatan tapak bagi mengenal pasti kesesuaian lokasi pembinaan.

Difahamkan, bangunan baharu ini akan menempatkan 48 pelatih golongan istimewa, ruang pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Siburan, serta kemudahan untuk 11 kakitangan PPDK Bestari Siburan.

Antara yang hadir dalam lawatan berkenaan ialah Penyelaras Projek GKCDA Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong James Sinjen, Pegawai Tadbir GKCDA Amanda Dickson, Wakil Pegawai Daerah Siburan George Harrison, Pengerusi PPDK Bestari Siburan Lomas William Aten dan Penyelia PPDK Bestari Padawan Fransica Dorin. -EDISI UKAS