ENGKILILI: Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi telah menyumbangkan bantuan kepada enam rumah panjang yang terjejas oleh bencana tanah runtuh di kawasan Ulu Skrang.
Penghantaran bantuan berupa bakul makanan diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kua Jack Seng pada Isnin.
Roy Angau berharap agar penduduk yang terjejas terus bersabar sementara kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman melaksanakan kerja baik pulih sehingga siap sepenuhnya.
Difahamkan, bencana tanah runtuh adalah akibat hujan lebat beberapa hari kebelakangan ini dan beberapa jalan di kawasan itu berlakunya tanah susur yang menyebabkan penduduk rumah panjang terputus hubungan selama dua hari.
Penduduk rumah panjang yang terjejas merakamkan penghargaan terhadap Kerajaan Sarawak dan Ahli Parlimen Lubok Antu itu atas keprihatinan terhadap masalah rakyat di kawasan tersebut. -EDISI UKAS