SARIBAS: Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam meneruskan agenda turun padang melalui Program Lawatan Ziarah Rakyat dengan menziarahi beberapa penduduk yang sakit dan memerlukan bantuan di Kampung Bungin dan Kampung Serembang pada Sabtu.
Lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu bermula di Kampung Bungin sekitar jam 9 pagi dengan menziarahi Ady Safuan Abdullah, 44 tahun, yang terlantar akibat kemalangan motosikal.
Selesai di Kampung Bungin, Datuk Mohammad Razi meneruskan ziarah ke Kampung Serembang bagi melawat Ahmad Tamizi Julaihi yang juga terlantar sakit serta meninjau keadaan rumahnya yang memerlukan kerja baikpulih.
Selain itu, beliau turut menyantuni kediaman Taib Yaman yang terlantar sakit sebagai sebahagian inisiatif berterusan bagi mendekati masyarakat.
Lawarannya itu sedikit sebanyak dapat memahami masalah yang dihadapi masyarakat, dan mencari penyelesaian demi kesejahteraan rakyat di kawasan DUN Saribas.-EDISI UKAS