BINTULU: Pesta Tumbina 2025 sempena ulang tahun ke-34 Taman Tumbina selari dengan Pelan Strategik BDA 2024–2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dengan fokus kepada pembangunan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan keterangkuman sosial.
Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Dato Haidar Khan Asghar Khan berkata acara ini bukan sekadar hiburan, tetapi platform penting mendidik masyarakat tentang pemuliharaan alam dan inovasi hijau.
Ujarnya acara anjuran BDA bersama rakan strategik seperti Lembaga Pelabuhan Bintulu, UPM Sarawak dan agensi tempatan itu berlangsung dari 7 hingga 10 Ogos dengan pelbagai aktiviti seperti Tumbina Night Walk, pertandingan cosplay, bengkel batik, keychain painting dan program komuniti Hijau Halal Greenovate.
Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Pesta Tumbina 2025 di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Dato Haidar menyeru masyarakat agar terus memelihara alam sekitar dan menyokong usaha menjadikan Bintulu sebagai Hab Industri Rendah Karbon menjelang 2030.
Pesta ini dijangka menarik kehadiran sehingga 40,000 pengunjung.-EDISI UKAS