PADAWAN: Jabatan Pengaliran dan Saliran (DID) Sarawak mengadakan lawatan pemeriksaan tapak bagi menilai kemajuan projek pembinaan sistem perparitan di Kampung Simboh, Mambong pada Rabu.
Lawatan yang diketuai oleh Jurutera DID Geoffrey Gerawat Liu bersama empat pegawai teknikal DID disertai Ketua Kaum Kampung Simboh, Jinun Marer serta ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Projek bernilai RM500,000 yang dilaksanakan di bawah peruntukan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) ini bertujuan membina sistem perparitan yang lebih sistematik dan mampan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di kampung tersebut.
Projek tersebut berjalan dengan lancar setakat ini dan penduduk kampung amat menghargai inisiatif ini yang mampu memberikan impak langsung kepada kehidupan harian mereka. -EDISI UKAS