SERIAN: Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 (HW25) yang bertemakan ‘Diversity, Equality, Equity & Inclusivity (D2EI)’ berlangsung meriah di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian, dengan pelbagai pengisian menarik yang disertai komuniti setempat pada Sabtu.
Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti senaman ringan dan Zumba yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta.
Aktiviti diteruskan dengan ceramah keselamatan yang disampaikan oleh Insp. Harinnath A/L Ravi dari IPD Serian, memberi pendedahan berkaitan isu keselamatan komuniti.
Tepat jam 10 pagi, peserta mengikuti sesi live streaming Sambutan Hari Wanita Sarawak yang disiarkan secara langsung dari Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Acara diteruskan dengan demonstrasi pembuatan karipap frozen oleh Puan Taziah Daimon dari DDayang Maju Enterprise, yang menarik minat ramai peserta khususnya golongan wanita yang ingin mempelajari kemahiran menjana pendapatan tambahan. -EDISI UKAS