KUANTAN: Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS), Datu Hamdan Sharbini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi, BIPMR) pada Khamis.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan antara dua negeri tersebut.
Ia disertai wakil-wakil daripada Pusat Pengajian Strategik Kepimpinan dan Latihan (PPSKL) Sarawak sebagai permulaan kepada perbincangan kerjasama strategik tiga penjuru antara UPPANS, PPSKL dan BIPMR Pahang.
Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memupuk hubungan kerja yang lebih erat, serta membuka ruang untuk pertukaran pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam aspek pengurusan protokol, istiadat serta penganjuran majlis rasmi di peringkat negeri.
Turut hadir, Orang Besar Enam Belas Negeri Pahang Darul Makmur, Dato’ Bahazelan Osman serta Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi, Sharifful Hakim Suman bersama beberapa pegawai kanan Kerajaan Negeri Pahang.-EDISI UKAS